Cerita - Tumblr Posts

1 year ago
Terkadang Aku Lelah. Namun, Semua Itu Sumber Kekuatan Aku. Bagaikan Nafas Terhenti Tatkala Merenung Kembali

Terkadang aku lelah. Namun, semua itu sumber kekuatan aku. Bagaikan nafas terhenti tatkala merenung kembali apa yang menjadi kisah silam.

Gambar di atas sekadar basah basi, take 5 untuk menurunkan tepu dikepala.🤫

Kerja tetap kerja, curi masa? ganti semula saat pulang lewat.✌️


Tags :
1 year ago
Selamat Pagi Dunia Tipu-tipu.

Selamat pagi dunia tipu-tipu.🧚

Andai saja aku mampu untuk menentukan segalanya. Mungkin aku bukan di sini.

Hadaplah dengan tenang. Lalui saja tanpa ragu.🤫

Kenapa pagi-pagi kita selalu mengantuk? Asal nak mula kerja, mata nak lelap?🤣


Tags :
1 year ago

Lama aku tidak bercoretan. Aku lelah. Terlalu banyak kejadian yang berlaku tanpa diduga.

Terkadang aku menangis sendirian. Memujuk hati sendiri tanpa mengharap balasan belaian.

Ya.. aku kini sendiri berdiri susun langkah dalam menempuh liku yang penuh cabaran. Aku akui semua itu kekuatan untuk aku kekal berdiri menguruskan membesarkan anak iaitu amanah yang diberikan tanpa ihsan sesiapa.


Tags :
1 year ago
Terjaga Dari Tidur Dek Tidak Lena Tidur. Banyak Fikir Barangkali. Nahhh.. Terus Ke Dapur. "Wahh Ada Nugget.."

Terjaga dari tidur dek tidak lena tidur. Banyak fikir barangkali. Nahhh.. terus ke dapur. "Wahh ada nugget.."

Kasih seorang adik tiada penghujung. Dipesan cuma kejut bangun sahur, malah siap masak sekali makanan sahur. Alhamdulillah.

Biarpun orang herdik dia, pandang hina pada dia. Namun, kasih sayang dia yang akan selalu dirindui kelak.

Walaupun cuma nugget dan telur goreng. Alhamdulillah, itu sudah memadai.

Kejut sahur❎

Masak sahur✅


Tags :
1 year ago

menangis lah.. menangis selagi kau mampu dan masih ada air mata.


Tags :
10 months ago

semoga aku kuat untuk berdamai dengan takdir...

apa yang bakal berlaku, mematangkan lagi diri ini. mendekatkan lagi diri ini dengan pencipta.

yaa... aku cuma insan yang kerdil lagi alpa dengan duniawi. saat jatuh baru merintih dengan Sang Pencipta.

sungguh lumrah manusia, sering berbuat dosa sering taubat. malah berbuat dosa lagi, kemudian taubat. dan seterusnya...


Tags :
7 months ago

Carilah diri kita sebenar. Jangan takut untuk meninggalkan sesuatu yang telah sebati dalam diri kita. Kelak dunia yang akan kejar kita. In Shaa Allah.


Tags :
7 months ago

Hidup ini cuma persinggahan. Sebuah persimpangan untuk kita kumpul amal. Kenal diri sendiri. Buat pahala. Buat kebaikan.

Sekali kita salah simpang, jangan terus kekal dalam perjalanan. Kita boleh ubah arah.

Jangan terlalu leka. Langsung tak dongak ke langit minta tolong.

Kita selalu alpha. Sering kali tersungkur baru menadah tangan. Tetapi DIA tidak pernah tinggalkan kita.


Tags :
7 months ago
Walau Disentuh, Keras Rasanya. Apatah Lagi Jika Dicuba Mahupun Disuapin, Pasti Batu Yang Ditelan.

Walau disentuh, keras rasanya. Apatah lagi jika dicuba mahupun disuapin, pasti batu yang ditelan.

Itulah kehidupan. Sekeras apa pun dugaan yang mendatang, laluilah dengan tenang santai dan menjiwai. Kelak akan ada pelangi yang menyinari.

Yakinlah, segala yang keras pasti didalamnya sangat manis untuk dirasai.

Alhamdulillah, walau tidak dikenali ramai tapi bila aku buat dan yakin kan ia halal untuk dimakan. Bahkan air tangan ini yang menguli, mengadun dan menjadikan ia sebiji "kuih bulan".


Tags :
5 months ago
Keinginan Sudah Pasti Ada. Namun, Aku Perlu Bertahan Seketika Untuk Tibanya Masa.

Keinginan sudah pasti ada. Namun, aku perlu bertahan seketika untuk tibanya masa.

Kadang kita terlalu berharap pada manusia. Sedangkan Allah dah atur cantik segala perjalanan untuk kita. Sabar dan nikmati saja apa yang Dia ingin sampaikan.

Betul penat tapi percayalah. Pasti ada pelangi yang menyinari.


Tags :
4 months ago
Tiada Kata Yang Dapat Diucapkan Saat Ini. Aku Terlalu Lelah Untuk Berkata-kata. Tangis Tawa Dihati Tidak

Tiada kata yang dapat diucapkan saat ini. Aku terlalu lelah untuk berkata-kata. Tangis tawa dihati tidak lagi dihiraukan. Ianya tiada beza.

Mungkin tiba masa untuk terus melangkah tanpa lelah. Mengharungi saja segala halangan dan rintangan.

Penat? Kecewa? Sakit? Demam? Patah hati? Sudah terbiasa barangkali. Hanya aku berfikir terlalu banyak, hakikatnya tiada apa yang berubah.

Ayuh pulang.. kepulangan yang mungkin dinantikan atau sebaliknya.


Tags :
1 year ago

Disela aku menulis hasil dan pembahasan penelitianku, sesekali aku membuka reels inst4gr4m dengan harapan menemukan sesuatu yang lucu sehingga dapat mengurangi tekanan yang terjadi akhir-akhir ini.

Tanpa diduga aku membaca kalimat ini dan rasanya sangat sakit. Ketika kamu membaca buku, buku tersebut akan merubah cara berfikirmu, kalimat yang akan kamu katakan, bagaimana kamu akan bereaksi, dan juga memandang dunia ini. Ketika sebuah buku tidak dapat mengubahmu maka ia gagal menjadi sebuah buku.

Al-Qur'an tidak mungkin salah dan gagal sebagai petunjuk. Akulah yang gagal karena belum dapat memahami dan mengimplementasikannya dengan baik dan ini sungguh sangat menyakitkan 💔

Sumber tertera

Disela Aku Menulis Hasil Dan Pembahasan Penelitianku, Sesekali Aku Membuka Reels Inst4gr4m Dengan Harapan

Tags :